PENGENALAN
ASNIRA BINTI ASKALI (27DUP14F2009 DUP2A)
DILLA MOONIRA BINTI HASSAN (27DUP14F2011 DUP2A)
NURZIEEYAH BINTI JERRY (27DUP14F2023 DUP2A)
SRI MARINA WATIE BINTI ATING (27DUP14F2001 DUP2A)
DUA2032 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM/ SESI JUN 2015
PENSYARAH KURSUS: USTAZAH HASNIDA BINTI IBRAHIM
POLITEKNIK SANDAKAN SABAH
POLITEKNIK SANDAKAN SABAH
SEGALA URUSAN BERDASARKAN NIAT
PENGENALAN:
Kaedah ini memberi maksud kedudukan bagi setiap tindakan dan perbuatan seseorang adalah bergantung kepada niat dan tujuannya.Penilaian terhadap perbuatan manusia,sama ada baik ataupun buruk,dosa ataupun phala adalah berdasarkan niat.Seseorang yang berniat melakukan sesuatu amalan baik walaupun tidak dapat ditunaikan tetep diberikan ganjaran baik oleh Allah SWT.Sebaliknya,seseorang yang pada zahirnya melakukan kebaikan,namun dalam hatinya bukanlah seperti yang digambarkan pada perbuatannya,maka ini hanyalah sia-sia.
DALIL AL-QURAN
Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa barangsiapa yang menghendaki dengan amal dan
usahanya pahala akhirat,Dia mudahkan baginya untuk beramal soleh ,kemudian Dia menggejar almalnya itu satu kebaikan dengan sepuluh kebaikan sampai berlipat ganda,menurut kehendak Allah SWT begitu pula sebaliknya,barangsiapa mengharapkan dari amal usahanya kemewahan dunia dengan segalabentuk dan tidak ada sedikitpun perhatiannya tentang amalan dan pahala akhirat,maka Dia sedikit pun pahala akhirat kerana amal itu sesuai dengan niatnya,dan bagi setiap orang balasan amalnya sesuai dengan niatnya.
DALIL AS-SUNNAH


MAKSUD KAEDAH
- Pernilaian terhadap perbuatan manusia sama ada baik atau buruk berbentuk perkataan atau perbuatan, penentuan dosa dan pahala berdasarkan niat orang yang melakukannya.
- Seseorang yang berniat melakukan sesuatu amalan yang baik tetapi tidak dapat ditunaikan kerana suatu halangan ianya tetap diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T.
- Ganjaran juga akan diberikan kepada orang yang meninggalkan perbuatan yang diharamkan seperti mencuri, minum arak, berzina, kerana takutkan Allah.
- Namun, jika seseorang meninggalkan sesuatu larangan seperti zina kerana tiada peluang dia tidak akan diberikan ganjaran oleh Allah.
DALIL DAN SANDARAN KAEDAH
firman Allah: Maksudnya
Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan dia tidak akan peroleh sesuatu di akhirat kelak.
(Al- Syuura: 20)
DALIL DAN SANDARAN KAEDAH
Daripada Umar ibn al-Khattab: Rasulullah telah bersabda: Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat, dan hanya setiap individu itu berdasarkan kepada niat, sesiapa yang berhijrah kerana dunia, maka dia akan memperolehinya atau kerana perempuan maka perempuan itu akan dinikahinya, maka hijrah seseorang itu berdasarkan niat tersebut.
TUJUAN DISYARATKAN NIAT
- Membezakan ibadat yang dilakukan sama ada kerana Allah atau kerana adat kebiasaan.
- Membezakan taraf sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat atau nazar seperti memberikan sesuatu kepada seseorang sama ada dengan tujuan sedekah atau ibadah.
SYARAT SAH NIAT
- Beragama Islam.
- Mumayyiz.
- Mengetahui bentuk perbuatan dan niat yang dilakukan.
- Ikhlas kerana Allah bukan kerana seseorang.
- Tidak bertentangan dengan maqasid syarak. Jika sekiranya niat seseorang bertentangan dengan maqasid syarak maka perbuatan yang dilakukan terbatal.
- Niat dan perbuatan hendaklah dilakukan secara beriringan dari awal sampai akhir.
- Tidak melakukan perbuatan yang boleh membatalkan atau menafikan niat seperti murtad.
APLIKASI KAEDAH FIQH (1)
- Seseorang yang melancong bertujuan untuk melihat ciptaan dan keagungaan Allah s.w.t dibolehkan untuk jamal dan qasar sebaliknya seseorang yang melancong untuk melakukan maksiat tidak diberikan kelonggaran untuk qasar dan jamak.
- Menunaikan ibadah haji atau umrah semata-mata bertujuan untuk melancong bukan kerana ibadah tidak akan diberikan ganjaran oleh Allah.
- Pembinaan hotel atau tempat penginapan untuk pelanggan akan diberikan ganjaran. Sebaliknya pembinaan untuk maksiat akan diberikan dosa oleh Allah.
- Harus membawa pelancong yang beragama islam melawat rumah ibadah agama lain bukan untuk membesarkan ibadat tersebut.
- Menyembelih binatang sekiranya kerana Allah halal dimakan, sekiranya untuk melepaskan sesuatu hajat haram dimakan.
RUMUSAN
Secara ringkasnya,kaedah fiqh yang pertama yang telah dibincangkan merupakan perkara asas yang sangat penting untuk difahami dan diaplikasi oleh umat Islam dalam apa-apa jua bidang ,termasuklah pelancongan dan hospitaliti.Setiap perkara haruslah dimulakan dengan niat,tanpa niat maka yang dihajati tidak mendapat berkat oleh Allah SWT .
RUJUKAN
- PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM (SIRI POLITEKNIK, OXFORD FAJAR) (NOR AZMIN MOHAMED SALLEH, WAN MOHD ZUL WAN YUSUF, MOHD TAHA RULAM AHMAD)
- http://suriaterang.blogspot.my/2008/02/kaedah-fiqh-segala-urusan-berdasarkan.html
- http://quran.com/42
(Senyum POWER) NIiat SOLAT Ketika TAKBIR- Ustaz Azhar Idrus
::menarik blog anda . kipidap bah . ok .
ReplyDelete#lessboo#kulukulu#cambodia#kallingteam#idol